Bernama.com
Am 24 Julai, 2008 20:41 PM
 
Suhakam Mulakan Inkuiri Awam Dakwaan Penguatkuasa Undang-undang Guna Kekerasan


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Lima saksi, termasuk dua wartawan dan seorang jurufoto Malaysiakini, ditemu bual pada inkuri awam berhubung dakwaan penggunaan kekerasan secara berlebihan oleh anggota pasukan penguatkuasa dalam satu kejadian pada 27 Mei lepas di Persiaran Bandar Mahkota Cheras 1 di ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di sini, Khamis.

Walaupun inkuiri yang dipengerusikan Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman dengan dibantu Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim itu merancang memanggil 14 saksi hari ini, tetapi ia hanya berkesempatan mengambil keterangan daripada lima saksi.

Saksi pertama yang ditemubual ialah Lai Wai Chong, 34, dan sepupunya Chong Yuan Chun, 30, yang melalui tempat kejadian pada waktu berkenaan.

Dua wartawan Lee Weng Kiat dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal serta jurufoto Ng Kok Foong memberi keterangan terperinci tentang apa yang mereka saksikan dalam kejadian itu.

Jurucakap Suhakam berkata kesemua 10 saksi yang dipanggil memberi keterangan esok adalah anggota pasukan penguatkuasa.

-- BERNAMA
Copyright 2017 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 800 x 600 pixels